♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Wednesday, February 22, 2012

Ulasan psikologi sukan

Dadah sbg pencetus motivasi?

Doktor 'penggera'
Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2012/02/20

SCHZUAN (dua dari kanan) ketika menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Disember lalu

Schzuan buat pendedahan doktor beri suntikan, pil ketika latihan pusat

BAGAIKAN jam loceng!

Itu kata Schezuan Ahmad Rosely, rakan seangkatan kuartet 4x400 meter Mohd Yunus Lasaleh yang didapati gagal ujian doping ketika beraksi menjulang emas di temasya Sukan SEA Indonesia 2011, berkaitan dengan seorang doktor dari Bulgaria yang setiap awal pagi didakwa memberikannya suntikan ketika menjalani latihan pusat di Brunei, pertengahan Oktober tahun lalu.
“Dia akan berada di sisi seawal jam 7 pagi untuk menggerak saya daripada tidur kecuali Sabtu dan Ahad untuk memberikan suntikan dan selepas menjalani latihan diberi pula pil. Saya difahamkan pil yang diberi adalah berlainan mengikut acara masing-masing.

“Apabila bertanya, dia (doktor) kata, ia adalah untuk memulihkan tenaga. Mengenai suntikan pula saya musykil kerana kebiasaannya suntikan diberi seminggu sekali, ini tidak, setiap hari diberikan,” katanya.

Namun begitu Schezuan lebih keliru dengan pemberian pil berbanding suntikan di lengan kiri kerana sebaik saja menelan pil itu, dia merasakan lebih ‘ringan’ berbanding biasa.

“Saya tidak pernah mengamalkan pengambilan sebarang pil sebelum ini dan ada merujuk kepada senior dan memberitahu mereka juga pernah memakan pil itu.
Walaupun saya meragui dengan suntikan setiap hari itu, saya tidak dapat merasa sebarang perbezaan terhadap diri saya seperti pil,” katanya yang dikalung pingat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal Disember lalu.

Seramai 13 atlit olahraga menyertai kem latihan pusat di Miri bermula 24 September lalu dan seterusnya berangkat ke Brunei 15 Oktober sebelum pulang semula ke tanah air, 8 November 2011.

-Dipetik dari Berita Harian-

Dunia sukan takkan lepas dari pelbagai masalah atau isu hangat.Baru-baru ini kita dikejutkan dgn kekalahan teruk skuad Uber Malaysia dalam pusingan kelayakan dan macam2 lagi.Tp saya lebih tertarik dengan isu hangat diatas nie. Doktor Penggera.Itulah topik yang diberikan oleh wartawan ini.

Berita ini membuatkan saya terfikir dimana peranan MSN dan mereka yg terlibat dlm bidang ini.Bagaimana penyalahgunaan dadah boleh terjadi dlm kalangan atlet sukan Negara kita.Di negara lain,atlet itu sendiri yg mengambil dadah,tp di Negara kita,ia di berikan oleh doktor atlet itu sendiri.kita sedia maklum bahawa penyalahgunaan dadah adalah salah disisi undang2 dan ia juga membawa kesan yg buruk dlm jangka masa yg panjang terhdap individu terbabit.

Wujudnya satu persoalan yg boleh kita pertikaikan disini iaitu adakah kemenangan atlet2 negara kita selama ini adalah berdasarkan motivasi dan semangat juang yg tinggi utk memertabatkan nama Negara dimata dunia ataupun ia telah disebabkan oleh faktor luaran seperti pengambilan dadah Banyak alternatif lain yg boleh diambil oleh pihak MSN utk menjana motivasi para atlet sukan Negara antara insentif dlm jangka masa pendek dan panjang,peluang latihan bersama jurulatih luar Negara yg mantop, dan lain2 lagi.bukan dgn mengambil jalan singkat tuk menggapai kemenangan..

MSN perlu mengambil perhatian yg serius terhadap isu ini krn ia melibatkan maruah Negara sendiri selain memberi implikasi yg buruk terhadap persepsi masyrakat terhadap atlet2 negara kita sendiri.

itu sahaja komen yg dpt saya kongsi sbg salah satu tugasan utk kelas Sport Psychology.moga2 ulasan yg simple ini dpt dimanfaat oleh semua org..Wassalam.Share

No comments: