♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Monday, October 25, 2010

Kemalangan bas Budak UIA

Siswa UIAM cedera bas terbalik

Petikan Berita Harian

SEBAHAGIAN pelajar cedera terbaring berhampiran bas yang terbalik di Kilometer 16 Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, semalam.

GUA MUSANG: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam.

Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan

Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

“Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

“Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian,” katanya.

Share

4 comments:

HaLiMaH's WoRLd said...

salam...

hurm.. wana'uzubillah.... ngeri gak nengok bas tu... tp alhamdulillah tiada khilngan jiwa mcm y kat simpang 4 tuh... ALHAMDULILLAH... mngkinkah sbb org kat dlm nya baik2 blaka??? hanya ALLAH yang tahu....

Abe Am said...

salam...
ader sorg sdara saya yg terlibat dalam kemalangan ni...
akhawat, x igt name per...
semalam mak saya call bgtau sal benda nih...
alhamdulillah, suma selamat...

Syah Segalanya Ada said...

alhamdulillah...semuanya selamat..saya terkejut gak dgr biter ni dr kwn smlm..


saya penah menguruskan hal ehwal bas utk anak2 kelatan blk kg or balik uia..benda2 mcm ni la yg paling saya takut..peringatan buat adik2 PERDANA,pilih la bas yg elok..wpun kos dia mahal,tp atleast kondisi bas itu sesuai utk perjalanan jauh dan pemandunya menyakinkan...

sama2 kita amik iktibar dari kemalangan ini

nadia said...

Alhamdulillah, adik2 ni semua selamat.