♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Saturday, September 4, 2010

Kekejaman manusia diakhir zaman

Kejam dan zalim

Assalamualaikum w.b.t

pagi ni syah terbaca page depan tentang pembunuhan dua beranak di Port Dickson..yg membuat syah share citer ini krn perbuatan yg dilakukan oleh manusia dajal itu sangat zalim..hari raya yg bakal disambut oleh semua umat islam hanya tinggal seminggu sahaja lagi. cukup menyayat hati bila berlaku keadaan begini..bagaimana kalau org bunuh adik beradik si pembunuh?ape yg dia rasa?org yg mempunyai hati sperti binatang xlayak utk menjadi khalifah dimuka bumi (emo skit...)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”

Huraian
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering sekali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.. Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas. Ini adalah kebenaran. Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia. Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.


Kaki diikat, muka dibalut kain sarung (Dipetik dari berita harian)

PORT DICKSON: Seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kedua tangan serta kaki diikat dan muka mereka ditutup menggunakan kain di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, di sini, semalam.

Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff dipercayai dibunuh malam kelmarin, tetapi kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 10 pagi semalam apabila rakan mangsa datang ke rumahnya selepas kedua-duanya tidak hadir ke sekolah.
Suami Norliza yang berada di Mesir menguruskan perniagaan kini dalam perjalanan pulang.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing mengajar dan belajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson sepatutnya pulang ke kampung mereka di Pulau Kerbau, Palekbang di Tumpat, Kelantan, malam tadi.

Rakan mangsa, Norhayati Zainuddin, 25, yang mengajar di sekolah sama, berkata dia menyedari sesuatu tidak kena apabila anak mangsa yang belajar di kelasnya tidak hadir.

“Saya segera mencari Norliza untuk bertanyakan perkara itu, namun dimaklumkan tiada siapa nampak mangsa sejak pagi dan saya menghubungi dua beranak itu, namun tiada jawapan.

“Tidak berpuas hati, saya pergi ke rumah mereka namun pintu berkunci dan saya pulang ke sekolah memaklumkan Guru Besar.
“Saya dan beberapa guru lain pergi semula ke rumah berkenaan. Selepas memanggil dan mengetuk pintu beberapa kali, tetapi tetap tiada jawapan. Kami mengambil keputusan mendapatkan bantuan pengurusan untuk membuka pintu rumah itu,” katanya yang terkejut apabila menemui mayat dua beranak itu.

Beliau yang terlalu sedih dengan pemergian sahabat baiknya berkata, dia sudah berjanji menghantar dua beranak itu ke hentian bas untuk pulang ke kampung.

“Arwah ada tunjukkan saya tiket bas sehari sebelum kejadian dan dia nampak sangat gembira hendak pulang berhari raya kerana katanya kali ini dapat bercuti lama,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata dua beranak itu ditemui dalam keadaan terlentang dan tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali di dalam bilik air rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelum mayat mereka ditemui tanpa sebarang kesan kecederaan atau pergelutan.

“Pemeriksaan mendapati rumah itu dalam keadaan berkunci ketika kejadian dan buat masa ini kita belum mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Baljeet berkata, pihaknya juga menyiasat dakwaan seorang jiran yang terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang kelmarin, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia perkara biasa.

Katanya, polis juga akan menyiasat jika ada barangan berharga hilang dalam kejadian itu.

Adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, dekat sini, berkata sudah memaklumkan suami mangsa, Mohd Yusuf Awang Besar, 37, mengenai kejadian itu.

Share

2 comments:

humairah said...

Tragis...mengapakah ini masih berlaku di negara ini..

Syah Segalanya Ada said...

tu ar..zalim gila kot..da la raya jumaat ni da...