♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Sunday, September 19, 2010

Persembahan nasyid

Show Raya AMAL Maahad

Assalamualaikum...

dah lama xupdate blog nie..insyaAllah next time syah akan share tntg hari raya aidilfitri syah.Utk kali ini,syah nk citer tntg show syah bersama ahli Nurfantz dl iaitu Yumni Nurfantz.Hazwan Nurfantz xdpt hadir kerana masih lagi dimesir dan Umar xdpt hadir.

Show kali adalah anjuran persatuan AMAL Maahad..sebuah persatuan alumni utk bekas2 pelajar maahad..majlis kali ni mmg ramai yg dtg..bleh dianggarkan seramai 500 lebih org..wpun keadaan cukup panas,tp mrk tetap dtg..

cerita tntg show,hari tu 3generasi mempersembahkan nasyid..yg pertama dinyanyikan oleh adik2 shoutul muhammadi dgn 3buah lagu..diselang seli dgn ucapan dr bekas2 maahad..dan Hilwan muncul dgn 3buah lagu di hujung program diikuti Taqi Nice dgn lagunya satu hari di hari raya..

akhirnya syah dan yumni nurfantz mempersembahkan 2buah lagu dan satu nyanyian ramai2 iaatu cebisan kenangan,kesekian kali dan lebaran ini...

Alhamdulillah selesai shj show,mendpt pujian dari pihak penganjur.. moga2 syah dpt bertemu lagi dilain program :-)Share

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran semua..

Assalamualaikum..

berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya (2x)
takbir dilaungkan tahmid dibacakan
sebulan puasa telah disempurnakan (2x)
diucapkan selamat hari raya (2x)
selamat hari raya..

berkumpul sanak-saudara bersatu keluarga bahgia
berseri wajah ayah bonda berkuntum senyuman ceria
di ambang satu syawal menjelma terlerai rindu yang membara
sekian lamanya tak bersua kini bertemu di hari raya
diucapkan selamat hari raya (2x)
selamat hari raya..

Berlalu Ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya..(2x)
tangan dihulurkan mohon kemaafan
ikhlaskan di hati syukur pada Illahi (2x )
diucapkan selamat hari raya (2x)
selamat hari raya..

sedang menjamu selera dengan juadah yang tersedia
jangan pula kita lupa kepada yang tak berupaya
hulurkan sedekah dan bantuan ringankan bebanan mereka
agar dapat turut bergembira menyambut hari yang bahagia..
diucapkan selamat hari raya (2x)
selamat hari raya..

berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya (2x)
sambil berkunjungan maniskan senyuman
tanda kemesraan kita sesama insan (2x)
diucapkan selamat hari raya (2x)
selamat hari raya..

dalam riang bergembira ingatlah pada yg tiada
di pagi lebaran yg mulia kunjungilah pusara mereka
tiada apa harta dibawa hanyalah amalan di dunia
doakan semoga sejahtera bertemu yg Maha Esa
di ucapkan selamat hari raya(2x)
selamat hari raya......


Raya akan menjelma xwape lama ag kan..so,semua dah siap ke persiapan hari raya?nk raya nie,kena beringat gak tau kwn2 semua..antara peringatan yg syah nk ingatkan:

1)jgn shopping sakan utk raya smpai berhutang sana sini,kang pas raya xleh byr lak hutang
2)jgn main mercun-haaaa, adik2,jgn main mercun,bahaya.nnt putus tgn xberaya kang
3)sape2 yg drive blk kg,bawa elok2..lau anda xnk sayang diri anda,anda sayangkanla anak2 dan isteri anda
4)Jgn lupa,raya ni bukan nk bersuka ria,kena amik iktibar dr hari raya gak
5)Jgn lupa mrk yg susah..sama2 kita tlg
6)nk dekat2 raya ni,jalan byk jem ma...so,byk2kan bersabar ek
7) raya ni,mesti mtk maaf ngan semua org.bukan pi umah orang,mtk duit raya dgn semua org
8)jgn wak makanan byk sgt.kang membazir lak,sape susah..dah la raya ni kena ziarah byk tempat :-p
9)Jgn lupa nk solat tasbih mlm raya nnt
10) PUASA Xabis ag!jgn lupa kejar Lailatul Qadar..hish

masih awl ag kan ucp Selamat Hari Raya..huk3..xpe,xkisah..syah takut nnt xsempat nk wish kat u all semua..agpun,raya dah dekat kan.huhu (^_^) Utk kali ni,syah nk ucapkan Selamat Hari Raya buat semua terutama kaum keluarga syah sendiri,Kak ya,Kak ma,Kak wa,n Kak cah.

xlupa juga kawan2 yg selalu dgn syah sperti Andy Sahlam,Fadzlinda,Kimi,Maz,Nizam,Niza,Che Ah,Atiah,Abd Halim,Paan,Tuan,Chaed,rakan2 di STUFF Club,Nasyid Club...Ucapan jugak buat rakan2 seperjuangan nasyid indie spt Feelhoney,Zul,Paradise dan lain2.

Ditujukan juga utk rakan2 nasyid yg seperti Muadz.Inteam,Nice,Devotees,Unic dan lain2..Xlupa juga anda semua (secara langsung atau xlangsung) yg sudi menyokong syah selama ini,yg mengikut blog ini dan mengikut perkembangan syah dr masa ke semasa...

Buat anda semua,syah ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf zahir dan batin..moga2 ukhuwah yg terjalin ini kekal buat selamanya..AMin~Share

Saturday, September 4, 2010

Kekejaman manusia diakhir zaman

Kejam dan zalim

Assalamualaikum w.b.t

pagi ni syah terbaca page depan tentang pembunuhan dua beranak di Port Dickson..yg membuat syah share citer ini krn perbuatan yg dilakukan oleh manusia dajal itu sangat zalim..hari raya yg bakal disambut oleh semua umat islam hanya tinggal seminggu sahaja lagi. cukup menyayat hati bila berlaku keadaan begini..bagaimana kalau org bunuh adik beradik si pembunuh?ape yg dia rasa?org yg mempunyai hati sperti binatang xlayak utk menjadi khalifah dimuka bumi (emo skit...)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”

Huraian
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering sekali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.. Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas. Ini adalah kebenaran. Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia. Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.


Kaki diikat, muka dibalut kain sarung (Dipetik dari berita harian)

PORT DICKSON: Seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kedua tangan serta kaki diikat dan muka mereka ditutup menggunakan kain di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, di sini, semalam.

Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff dipercayai dibunuh malam kelmarin, tetapi kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 10 pagi semalam apabila rakan mangsa datang ke rumahnya selepas kedua-duanya tidak hadir ke sekolah.
Suami Norliza yang berada di Mesir menguruskan perniagaan kini dalam perjalanan pulang.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing mengajar dan belajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson sepatutnya pulang ke kampung mereka di Pulau Kerbau, Palekbang di Tumpat, Kelantan, malam tadi.

Rakan mangsa, Norhayati Zainuddin, 25, yang mengajar di sekolah sama, berkata dia menyedari sesuatu tidak kena apabila anak mangsa yang belajar di kelasnya tidak hadir.

“Saya segera mencari Norliza untuk bertanyakan perkara itu, namun dimaklumkan tiada siapa nampak mangsa sejak pagi dan saya menghubungi dua beranak itu, namun tiada jawapan.

“Tidak berpuas hati, saya pergi ke rumah mereka namun pintu berkunci dan saya pulang ke sekolah memaklumkan Guru Besar.
“Saya dan beberapa guru lain pergi semula ke rumah berkenaan. Selepas memanggil dan mengetuk pintu beberapa kali, tetapi tetap tiada jawapan. Kami mengambil keputusan mendapatkan bantuan pengurusan untuk membuka pintu rumah itu,” katanya yang terkejut apabila menemui mayat dua beranak itu.

Beliau yang terlalu sedih dengan pemergian sahabat baiknya berkata, dia sudah berjanji menghantar dua beranak itu ke hentian bas untuk pulang ke kampung.

“Arwah ada tunjukkan saya tiket bas sehari sebelum kejadian dan dia nampak sangat gembira hendak pulang berhari raya kerana katanya kali ini dapat bercuti lama,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata dua beranak itu ditemui dalam keadaan terlentang dan tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali di dalam bilik air rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelum mayat mereka ditemui tanpa sebarang kesan kecederaan atau pergelutan.

“Pemeriksaan mendapati rumah itu dalam keadaan berkunci ketika kejadian dan buat masa ini kita belum mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Baljeet berkata, pihaknya juga menyiasat dakwaan seorang jiran yang terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang kelmarin, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia perkara biasa.

Katanya, polis juga akan menyiasat jika ada barangan berharga hilang dalam kejadian itu.

Adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, dekat sini, berkata sudah memaklumkan suami mangsa, Mohd Yusuf Awang Besar, 37, mengenai kejadian itu.

Share