♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Thursday, July 1, 2010

2nd Hero Winter sonata mati

Penyanyi, pelakon popular Winter Sonata ditemui tergantung

Park Yong-ha

SEOUL: Seorang aktor dan penyanyi popular Korea Selatan, Park Yong-ha, 33, yang terkenal dengan drama bersiri popular Winter Sonata dilaporkan menggantung diri di rumahnya di Seoul kelmarin.

Agensi berita Yonhap melaporkan, seorang pegawai Agensi Polis Metropolitan Seoul memberitahu Associated Press bahawa Park ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbit. Bagaimanapun polis masih menyiasat punca sebenar kematian, kata pegawai yang enggan dikenali.

Park mula membabitkan diri dalam seni lewat 1990-an dan dikenali menerusi drama televisyen Winter Sonata pada 2002 yang turut mendapat sambutan di Jepun dan kebanyakan negara Asia Tenggara.

Beliau turut mengadakan beberapa konsert di Jepun dan seorang daripada peminatnya adalah bekas wanita pertama Jepun, Akie Abe.

Yonhap melaporkan tiada nota bunuh diri ditemui tetapi polis Seoul berkata Park berulang kali memberitahu keluarganya “Saya minta maaf. Saya minta maaf” ketika menghantar mesej kepada bapanya yang menghidap kanser perut, awal kelmarin.

Pegawai polis lain memberitahu agensi itu yang memetik ibu Park bahawa pelakon terbabit menjaga bapanya yang sakit dan mengambil pil tidur kerana menghidap insomnia.
Korea Selatan mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di kalangan 30 negara dalam Pertubuhan bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi dan sebilangan mereka adalah berprofil tinggi.

Choi Jin-sil, seorang aktres terkenal Korea Selatan membunuh diri dua tahun lalu. Pada Mac lalu, adiknya, Choi Jin-young yang juga pelakon telah membunuh diri di Seoul. – AP

Syah actually terkejut gak bila dgr berita ini di HOT FM td.Actually syah suka lagu ni,n syah xtgk pun ag citer winter sonata nie.tp mungkin ramai kwn yg tgk kan.Kejadian ini kita jadikanla iktibar utk kita semua...Utk akhirnya,ini sedikit video OST Winter Sonata


Share

2 comments:

rhapsody LiN said...

ish2... life yg agak semurna mcm tu pon boleh nk bunuh diri.. hmm.. syukur sy seorang islam. kita dibekalkan alquran dan Dia sentiasa bersama umatnya..

Syah Segalanya Ada said...

tu la pasal2..punya la senang sgt2 dah hidup dia kan..tp last2 tu gak akhirannya...