♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Saturday, July 17, 2010

Diriku sudah bankrap

Nokia X6

Assalamualaikum...

Pertama skali syah nk ucapkan tq kepada semua yg masih sudi singgah di blog syah yg xseberapa nei..dah lama syah xupdate dlm blog nie..actually syah br saje masuk semester baru kat Uia Gombak.jd byk benda yg perlu diuruskan..tmbh2 apabila sem ni syah diberi jwtn mainboard dlm STUFF Club...so bykla kerja yg perlu disiapkan,meeting plak tiap2 malam..huhu..tp xpela,syah pun enjoy wak kerja nie..xdela strees sgt dgn study yg begitu memeningkan..

Sblm syah nk citer topik sebenar posting kali ni,syah nk ucapkn berbanyak terima kasih kat Abg Muadz Almassr koz memberi peluang syah utk show di klang pada sabtu lepas..show tu sbnrnya adalah utk mengutip dana utk pembinaan masjid disekolah tersebut.xlupa juga jutaan terima kasih buat Cg zakma kerana melayan syah lebih dr sepatutnya..rasa segan sgt2.pada mlm tu syah perfom bersama2 dgn kopratasa.byk ilmu pengetahuan yg syah dpt dri diaowng nie.

Alrite,semalam syah pi pertama kompleks bersama2 ngan bestfrenz syah,Andy Sahlam..syah bgtau dia yg syah nk cari hanfon baru..yela,telefon yg syah pakai skg teruk sgt keadaanya..sehinggakan nk menghubungi org xsmpai 2minit shj bleh bercakap,then terus off..syah pada mulanya nk beli iphone 3g.tp bila di 'survey',Iphone ni byk kekurangan..kebanyakan org ingin memilikinya hanya utk 'style'..pada mulanya pekedai ni,Eli namanya cdgkan syah utk beli nokia N97,tp tlpn tu terlalu mahal utk syah..last2 syah bgtau dia bajet syah xsmpai Rm1k je..last2 dia bw keluar satu model br nokia iaitu NOKIA X6.touchscreen lebih kurang iphone,function lebih kurang iphone,5megapixel,16gb dan byk ag...semuanya dia bg RM1100 shj.harga asal yg dijual ialah RM1300-RM1500..syah pk punya pk,akhirnya syah membelinya juga..wpun ade rasa kesal skit koz membazirkan duit utk membeli tlpn ni,tp syah rasa puas ati koz akhirnya hajat lama yg tersimpan tertunai jua..hope ianya berbaloi utk syah :-)

skg syah nk mengejar hajat yg paling besar dlm hidup syah..doakan agar syah dpt mengecapinya pada tahun depan.huk3 (^_^)

Wsalam....Share

Tuesday, July 6, 2010

Cerita utk diteladani...Bacalah

YANG HADIR DAN YANG KEMBALI.

Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya...Kau cantik sayang..isikku perlahan.Tanpa disedari,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

"Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak.Walaupun, Cuma seorang.Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah,mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan.Teruskan usaha dan berdoalah.mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.Aku yakin,Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak....Pasti! "Huda....bangun....jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan.Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan..Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak.Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.aku sayang padamu Huda..Akhirnya,aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : "ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh,tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..Jam berbunyi empat kali.

Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku..Wajahnya masam..merajuklah tu.Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.Semakin menjadilah rajuknya."Kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya...Aku tersenyum cuma."Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam."Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi.Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.

Petang itu,sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : " Abang,nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan.Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain.Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini,sanggupkah aku memikul bebanan ini ....? "Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula. "Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi,kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya..Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh...umurku sudah merangkak 33tahun...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku..Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki,seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu.Tak pernah pudar.

Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..:" Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .."Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja.Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya."Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk."Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. "Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci allah..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill..!! Masya Allah..setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kuranngkul Huda seerat-eratnya.Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ni..tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba..Tiba-tiba aku rasa bersalah..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..

Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya.Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju..Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku..dia berkhutbah panjang.

"Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti zakaria,bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,Abang,kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,jangan manjakan ibunya.Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini ..bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga.Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku dimulutnya..'Stop'..Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jaditerlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya..panas.! Seingat aku Huda hanya akan
melahirkan pada 26mei,hari ni baru 26 april..Aku panik..Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir..Ya Allah.selamatkanlah isteri dan anakku..bisikkuberulang kali.."Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah..pakar sakit puan rujukan isteriku.."Ya,saya doktor.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.."Boleh kita berbincang sebentar.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan.."Saya harap Encik saifudin bertenang.Isteri encik menghadapi sedikit masalah..air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dengan nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya.utk menyelamatkan kedua-duanya..Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..

Ya Allah,selamatkanlah isteriku..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku..Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang..Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku dan mengajakku menunggu diluar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik..aku terdenagr suara
tangisan bayi,alangkah lunaknya.

"Encik saifudin..?" "Ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..
"Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?"Dr, Khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya...Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..Mulutku ternganga seketika."Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin.Tapi Allah lebih menyayangi Huda.."Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung.Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn..DariNya kita datang....kepadanya kita kembali..

Wajah Huda pucat..tapi bibirnya terukir senyuman manis..manis sekali..tanpa kusedari ku dakap Huda seerat eratnya..tangisku perlahan,tapi tak tertahan..!"Sabar encik Saifudin..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.."Nurse,..tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi..Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku...perlahan kuambil dan kudakap bayi itu.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matatanya.. hidungnya.. mulutnya..Allahuakbar..!!!Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi.Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..danberkata.." Iqamahkan anakmu saifuddin..sambutlah yang hadir..doakanlah yang kembali.." Huda,rupanya inilah hikmah Allah..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu,mengasihimu, hampir selama lapan tahun..utk akhirnya memanggilmu
setelah dikurniakn gantinya.

Ya Allah,jangan biarkan hati ini berandai-andai.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda.. Tidak..Tidak,itu semuanya ketentuanMu YaRabb.Tuhan yang
MahaMengetahui..Lagi Maha Pengasih.. Selamat jalan Huda...

***************************************************************

Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah. Manusia dengan ikhtiarnya. Inilah tarbiyah ALlah buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada ALlah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa nabi, "Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatiMu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku."Berdoalah ..berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan sahabat ... bertajahudlah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran.InsyaALlah itulah ubat mengistiqamahkan iman
Share

Thursday, July 1, 2010

2nd Hero Winter sonata mati

Penyanyi, pelakon popular Winter Sonata ditemui tergantung

Park Yong-ha

SEOUL: Seorang aktor dan penyanyi popular Korea Selatan, Park Yong-ha, 33, yang terkenal dengan drama bersiri popular Winter Sonata dilaporkan menggantung diri di rumahnya di Seoul kelmarin.

Agensi berita Yonhap melaporkan, seorang pegawai Agensi Polis Metropolitan Seoul memberitahu Associated Press bahawa Park ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbit. Bagaimanapun polis masih menyiasat punca sebenar kematian, kata pegawai yang enggan dikenali.

Park mula membabitkan diri dalam seni lewat 1990-an dan dikenali menerusi drama televisyen Winter Sonata pada 2002 yang turut mendapat sambutan di Jepun dan kebanyakan negara Asia Tenggara.

Beliau turut mengadakan beberapa konsert di Jepun dan seorang daripada peminatnya adalah bekas wanita pertama Jepun, Akie Abe.

Yonhap melaporkan tiada nota bunuh diri ditemui tetapi polis Seoul berkata Park berulang kali memberitahu keluarganya “Saya minta maaf. Saya minta maaf” ketika menghantar mesej kepada bapanya yang menghidap kanser perut, awal kelmarin.

Pegawai polis lain memberitahu agensi itu yang memetik ibu Park bahawa pelakon terbabit menjaga bapanya yang sakit dan mengambil pil tidur kerana menghidap insomnia.
Korea Selatan mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di kalangan 30 negara dalam Pertubuhan bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi dan sebilangan mereka adalah berprofil tinggi.

Choi Jin-sil, seorang aktres terkenal Korea Selatan membunuh diri dua tahun lalu. Pada Mac lalu, adiknya, Choi Jin-young yang juga pelakon telah membunuh diri di Seoul. – AP

Syah actually terkejut gak bila dgr berita ini di HOT FM td.Actually syah suka lagu ni,n syah xtgk pun ag citer winter sonata nie.tp mungkin ramai kwn yg tgk kan.Kejadian ini kita jadikanla iktibar utk kita semua...Utk akhirnya,ini sedikit video OST Winter Sonata


Share