♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Sunday, June 27, 2010

Wanita oh Wanita


Rahsia seorang wanita

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi td syah bca blog kawan uia syah,dr shiera firhat..topik yg ade dlm blog dia ialah tentang wanita.syah cukup tertarik dgn artikel yg dia amik..jd sini,syah nk share ngan semua kaum lelaki tntg seorang manusia yg dijadikan dr rusuk lelaki,yg diberi nama hawa aka wanita...sama2 kita bc and jadikan panduan taw..kih3 ~ (^_^)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu (lelaki) selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. But, ada wanita yang menunggu kamu memujuknya.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti air batu.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

12. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

13. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

14. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

15. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

16. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

17. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

18. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

jd ni lah serba sedikit infromasi yg dpt dikongsi buat kita semua lelaki...jd,amik yg baik,jdkan panduan,yg buruk,kita buang ke sempadan~ huk3Share

1 comment:

lady elle said...

setuju yg no 12... tp kalo laki tu ego cm nk mati, dia akan tanya ke? uhoh, agaknya perempuan yg x baik akan kekal x baik pada matanya?