♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Sunday, June 27, 2010

Wanita oh Wanita


Rahsia seorang wanita

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi td syah bca blog kawan uia syah,dr shiera firhat..topik yg ade dlm blog dia ialah tentang wanita.syah cukup tertarik dgn artikel yg dia amik..jd sini,syah nk share ngan semua kaum lelaki tntg seorang manusia yg dijadikan dr rusuk lelaki,yg diberi nama hawa aka wanita...sama2 kita bc and jadikan panduan taw..kih3 ~ (^_^)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu (lelaki) selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. But, ada wanita yang menunggu kamu memujuknya.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan kawan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti air batu.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

12. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

13. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

14. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

15. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

16. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

17. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

18. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

jd ni lah serba sedikit infromasi yg dpt dikongsi buat kita semua lelaki...jd,amik yg baik,jdkan panduan,yg buruk,kita buang ke sempadan~ huk3Share

Wednesday, June 23, 2010

Perfomance lagi

Konsert Nasyid Pra Ekstival KUIS

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah semalam telah selesai satu ag show syah.Kali ni syah dijemput utk mengadakan persembahan di KUIS.Utk pengetahuan semua,konsert smlm adalah konsert yg pertama syah buat perfomance.Ya Allah,gabra xyah citer ar.tangan ni terketar2 kot..huhu (^_^)

Show smlm disertai oleh shoutul jihad yg menyanyikan lagu sentuhanmu & salamun salam.manakala halim devotees pula menyanyikan lagu Yang Maha mendengar dan Ayat-ayat cinta.hik3.Syah pula menyanyikan lagu Kesaksian,Segalanya ada & Ditangisan Cinta feat Halim.Alhamdulillah,flow program berjalan dgn.Pada mulanya audience kurang memberi respon ketika konsert tu,tp lama kelamaan,responnya lebih daripada respon.Cukup happening :-)

Setelah selesai semua,skali lagi kami semua bergabung utk nyanyikan lagu Budimu Rasulullah.Program semalam habis dlm jam 11mlm..memang memenatkan,tp syah enjoy.dan buat pengetahuan semua gak,smlm gak buat pertama kalinya bergambar dgn mrk yg ingin bergambar.segan gila..huhu..yela,show sblm nie hanya berada belakang pentas dan terus balik..papehal,smlm memberikan syah satu lagi pengalaman yg amat2 berharga :->

Utk akhirnya,syah nk ucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur dr KUIS dan e-minds corp kerana sudi menjemput syah,xlupa juga buat aiman,pm program dan ajk2nya terutama bahagian catering yg xjemu melayan karenah kami ni dan terima kasih gak buat warga kuis yg menyokong syah spt Mazlina,Ikhwan ( tu jela yg ingat nama ).Syah mohon jutaan kemaafan jika sebarang kesilapan dan kekurangan dlm persembahan syah smlm.Papehal,warga kuis memang best! nnt nk pi ag la kat kuis (^-^)



























p/s: sowi pic lain2 xde ag..nnt bila ade,syah uploadkannya :-) sabar menanti tau....Share

Sunday, June 20, 2010

Khas buat insan bernama Bapa

Selamat Hari Papa

Assalamualaikum wbt..

utk posting kali ni,syah nk amik kesempatan utk mengucapkan
SELAMAT HARI BAPA buat papa syah yg tersayang.

actually,tak semestinya kita ucap selamat hari bapa pada hari ni sahaja.bila2 masa pun bleh.xsalah pun..tp ari ni cukup istimewa koz ia disambut semua org.mari kita sama2 muhasabah diri kita,adakah kita menghormati kedua ibu bapa dgn sebaiknya?penah xkita berckp kasar kepada mrk?ataupun kita tidak mengikut ape yg disuruhnya...?

Sabda Rasulullah s.a.w yg maksudnya " Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa,dan murka Allah bergantung pada murka kedua2nya"

Kawan2,tanggungjawab kita sbg anak2 terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka tiada.Semasa mrk masih hidup,kita sbg anak2 mrk harusla berbakti dan membuat baik terhadap mrk kerana ibu bapa la yg paling byk berjasa kepada kita.Tak perlu la saya huraikan jasa2 ibu bapa kita krn kita semua sudah sedia maklum akan pengerbonan mrk.rit?Oleh itu,kita haruslah sentiasa berlemah lembut,berbudi bahasa,berbelanja utk keperluan mrk dan menjaga mereka dengan sebaiknya.

Meskipun kita telah berkeluarga,tanggungjwab kita terhadap mrk tak boleh diabaikan wpun seketika.cuba kita rewind balik memeory kita,camne kedua ibu bapa kita xpernah tinggalkan kita wpun sekejap.even sekecik nyamuk yg dtg pada waktu malam pun mrk bunuh semata2 nk menjaga kita anak2 mrk..mrk yg menderhaka ibu bapa,amalan mrk xkan diterima oleh Allah,hidup kita xkan berkat dan diredhaiNya..nak kita camtu kwn2?Sbb tu la Islam menitikberatkan keredhaan ibu bapa...

Selain itu juga kena wajib menghormati bapa kita.
Daripada Abu Hurairah r.a,sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Janganla kamu membenci bapa2 kamu.sesiapa yg membenci bapanya,beerti ia kafir"

Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak2 dan begitulah sebaliknya.Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatam daripada anak2 mrk sama sebagaimana anak2 mrk berhak mendapt kasih sayang dari ibu bapa.Islam melarang keras ank2 mencela atau memarahi ibu bapa dgn bahasa yg kasar.Anak yg mengasari ibu bapa dianggap anak derhaka yg
DIHARAMKAN syurga keatasnya kelak.

Untuk akhirnya,syah nk ucapkan selamah hari bapa buat semua yg bergelar bapa terutama papa syah sendiri.Terima kasih buat papa krn menjaga dan melayani kerenah anak2 mu ini.Untung diri syah memiliki papa yg susah nk tinggikan suara utk anak2nya..
Syah syg papa sgt2..



Ketika berjauhan

Masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada....keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihat ku Berjaya
Bila ku kegagagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa....kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidupku, ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkn
Tersemat di hati

p/s: papa tungu ek..rabu ni syah blk.kita makan pulut durian :-)
Share

Saturday, June 19, 2010

Siap Akhirnya

My 1st web

Assalamualaikum semua...

pertama skali syah nk ucapkan kpd kwn2 yg mendoakan kesihatan syah 2-3 ari ni..Kali ni syah ade 2makluman yg nk dimaklumkan kepada kwn2 semua..

1st pengumaman,InsyaAllah selasa nie iaitu 22/6/2010,syah akan mengadakan persembahan di Dewan Auditorium Utama KUIS utk Konsert Nasyid Pra Ekstival KUIS.Penampilan khas dari Halim devotees dan Shoutul Jihad.ape ag,mai ramai2 ek :-)


makluman kedua utk kwn2 pula ialah,syah baru sahaja menyiapkan laman web syah sendiri.laman web ni free hosting je.so,laman ni biasa2 je la.xde hebatnya :-) tp cukup sbg tmpt utk kita saling kenal2an :-D..Syah harap,kawan2 semua dpt register di web tu dan memeriahkan laman baru syah nie..Tanxz e k kawan2 semua..Ni dia link laman web nie.. www.amanismail.webs.com

Jangan lupa tau semua visit web baru syah...tanxz semua..syah amat hargainya :-)Share

Sunday, June 13, 2010

Program Yg Happening

Kejohanan Boling Persahabatan 2010
Anjuran Aman Studio & STUFF IIUM

Assalamualaikum...

utk kisah kali ni,syah nk inform kat kawan2 semua bhw sabtu telah selesai berlangsung satu ag program anjuran aman studio dgn kerjasama STUFF IIUM iaitu Kejohanan Boling Persahabatan 2010..Program ini diadakan di Wangsa Bowl,Wangsa Walk.Bermula pada jam 3.00pm,semua pemain cukup2 bersemangat memulakan pertandingan.Program ini disertai sebanyak 7Team..Antara team yg menyertai ialah U-Dou(IIC),Frenz United (Happy Club),Evoke Strawberry(Evoke Catering),Syahman,G-Jom(intec),Stuff UIA dan dari Kuis.

tempat pertama dimenangi oleh Frenz United,diikuti dengan team dr KUIS dan tempat ke3,mestila team syah yg menang.Tanx to Muslim koz menjadi penyumbang strike :-) n tanxz to andy dan juga fadz koz jadi bidang terjun utk team nie :-D..Overall,program ni berjalan dgn baik skali n kami semua enjoy dgn aktiviti ini..Syah skali ag nk ucapkan berbanyk terima kasih kepada semua pemain yg hadir spt Abg Azwan Fareast,geng2 nasyid Indie n penyokong2 setia team yg bermain kerana memeriahkan program ni n menjayakannya..jasa anda semua,xdpt saya bls..Dibawah ini sedikit tatapan gambar utk kawan2 semua... :-)
Share

Sunday, June 6, 2010

Lirik entah pa pe

InginKu

Kali pertama ku menatapmu
Kali pertama ku melihatmu
Hatiku terpaut akan kecantikan
Keindahan ciptaan Tuhan

Tak ku sangka pertemuan itu
Memberikan seribu erti
Kau jua menanti diriku
Tuk menyinari hidupmu nanti

Ingin hatiku menyatakan
Ingin bibirku melafazkan
Hanya kau satu yang ku sayang

Ya Allah
Satukanlah jiwa kami
Kukuhkanlah ikatan ini
Kekalkan hubungan suci
Dalam menggapai cintaMu Illahi

Kekasihku
Hanya satu yang ku pinta
Ikhlaskanlah hati mu
Dalam membina tugu cinta
Kerna hanya itu
Ia kan kekal selamanya

p/s: jgn lupa komen~
Share

Saturday, June 5, 2010

Motivasi kendiri

Stress: Baik atau Buruk?

dipetik dari http://al-munzirin.blogspot.com

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju, pernahkah kita terfikir untuk berhenti? pernahkah anda merasa stres atau tekanan yang sangat hebat?
Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita...

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pernahkah anda terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya memberi tekanan kepada kita? Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? Mari sama-sama kita teliti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2: 286):

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut.

Sahabat-sahabat,

Suka untuk saya bawakan satu dimensi berbeza untuk kita melihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. Saya ingin kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. Ya, hadiah dari-Nya. Bagaimana?

1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

-Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuk taqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.

-Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik?. Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.

3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.

-Biasa kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. Anda rasa, mengapa mereka berjaya? kerana adanya tekanan. Ya, tekanan menjadi driving force atau daya penguat untuk mereka berusaha. Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.

4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan

-Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):

dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan setrusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi.

5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang

-Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. Bagaimana?. Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.

Sedikit penambahan tentang ciri-ciri orang yang sabar yang dinyatakan Allah dalam Surah Ali-Imran (3:146):

dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar.

Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!

Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar dan Memakbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya...

sekadar ingatan buat diri ini jua..

Wallahua'lamShare

Thursday, June 3, 2010

Tagging tagging and tagging

Tag Dr Kawan Lama

1. What is your full name?
Muhammad Syahman Ismail

2. When is your birthday?
November 1988

3. What is your father's name?
Ismail Mohd Noor

4. What is your mother's name?
Rahimah@Rabik Abdullah

5. How many siblings do you have?
5 out of 5

6. Where do you live?
Qelate la...

7. What is your favourite colour?
White

8. Still studying?
Iyup

9. Do you have bestfriend?)
Yuppp

10. Do you love them?
semestinya.... :-)

11. Jazz or pop?
Pop

12. Chicken or beef?

Both ar..best kot


13. Coke or 100plus?

Lau dahaga Coke,lau letih 100plus

14. What brand is your purse?
Timberland-wallet k,not purse

15. How much do you have in your wallet now?
Tolak nk bayar saman dlm rm30 =_='

16. High heels or flat?
Haha..xde nye high heels

17. Skirts or jeans?
Jeans

18. Shirt or blouse?
Shirt

19. Watch or bracelet?
Watch

20. Favourite watch's brand?
erm..yg berharga Rm8

21. Do you have a girlfriend?
erm...dl..

22. Do you have a boyfriend?
kawan laki ramai lorh

23. Do you love him/her??
teeeettttt

24. Did you ever kiss him?
Dlm mimpi

25. Facebook or myspace?
Fb

26. What is your dream?
Nk terbang tinggi2 lupakan segalanya :-D

tag kawan2 yg lain

Shiera

Maisarah

Lady elle

Zuri

Azrul
Share