♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Monday, March 29, 2010

Motivasi hari ini

Tips Asas Utk Menajamkan Imaginasi



Imaginasi adalah bayangan minda.

Setiap orang ada cara tersendiri ketika berimaginasi. Ada yang suka membayangkan gambar pegun, membayangkan sesuatu peristiwa seperti wayang gambar atau dalam bentuk video. Ada juga orang suka berimaginasi dalam bentuk pergerakan animasi – macam cerita katun yang kita selalu tengok kat tv.

Jika Anda sedang mencari-cari cara cemana nak menajamkan imaginasi, berikut adalah dua cara yang saya cadangkan untuk Anda:

1. Bayangkan selalu kehidupan Anda di masa hadapan seperti satu cerita. Membayangkan sesuatu dalam bentuk video bergerak dengan penuh minat adalah teknik untuk melatih menajamkan imaginasi. Anda akan jadi terbiasa mengimajinasikan sesuatu hingga mampu memasukkan elemen bunyi, sentuhan, rasa, emosi dan suasana persekitarannya ketika itu.

Anda akan mampu merasai respon dari kelima-lima deria Anda, sedangkan itu hanya di dalam imaginasi Anda sahaja. Syaratnya, imaginasikan sejelas mungkin, bayangkan betul-betul, seolah-olah ia sedang berlaku. Ginilah caranya untuk kita melatih minda kita berimaginasi.

Lebih jelas bayangan imaginasi Anda, lebih cepat matlamat Anda direalisasikan sebab minda separa sedar Anda akan faham sepenuhnya apa yang Anda mahukan. Iamginasi adalah cara untuk kita mempengaruhi minda separa sedar kita lalu memanfaatkan kuasanya untuk menenukan kita dengan apa saja yang kita mahukan, termasuk mencapai kejayaan.

2. Lihat sesuatu benda seolah-olah benda tu pandai ‘transfrom’ sendiri atau Anda mengubahnya kepada bentuk lain.

Untuk selalu berlatih teknik ni, minda Anda kena jadi sedikit kebudak-budakan supaya senang menjadi kreatif dan inovatif.

Bebudak adalah golongan manusia yang tinggi imaginasinya sebab mereka suka membayangkan sesuatu ketika sedang bermain. Remaja dan golongan dewasa tak berapa suka membayangkan sesuatu yang bersifat kebudak-budakan sebab emosi mereka lebih banyak mengarah kepada keseriusan, no fun at all.

Sebagai permulaan, hampirkan diri Anda dengan kanak-kanak. Luangkan sedikit masa bermain dengan mereka. Hepikan diri melihat telatah mereka. Kesannya Anda akan mudah berimaginasi sebab minda Anda ‘terjangkit’ gelombang minda kanak-kanak yang Anda hampiri. Imaginasi Anda akan menjadi semakin tajam, makin jelas.

Jika anda tak berapa suka berdampingan dengan kanak-kanak, baca banyak buku fantasi, novel fantasi atau banyakkan menonton filem sains fiksyen sebab kebanyakan daripada media hiburan jenis tu terhasil daripada imaginasi. Lebih kerap Anda menontoh filem-filem sebegini atau kerap membaca buku-buku cerita fiksyen dalam bentuk sebegini, imaginasi Anda akan menjadi semakin tajam. Anda akan cepat membayangkan sesuatu.

Kebanyakan orang, imaginasi mereka tumpul sebab minda mereka lebih mengarah kepada keseriusan. Mereka kurang suka berimaginasi, sebab lebih suka sesuatu yang realistik dan ‘tangible’. Jika Anda nak membina imaginasi cemerlang Anda kena keluar dari sikap camtu. Tinggalkan.

Harapan saya, moga 2 tips tadi dapat menjadi panduan buat Anda dalam usaha membina imaginasi.

dipetik daripada motivasi.com
Share

Sunday, March 28, 2010

Updating my own blog

Projek terbaru Aman Studio

28/3/2010
10.12 am

Assalamualaikum...

ape khabar semua?hope semua sihat2 belaka ek.dh lama syah xupdate blog nie.bukan nya malas,tp xtau nk cite pe kat sini.byk sgt benda yg telah dilakukan samada sendiri mahupun dgn kwn2.huk3..

btw,smlm syah telah ke SK damansara utk jd fasi sempena program motavasi sehari suntuk.memang amat2 meletihkan.nk handle budak2 bandar rupanya lagi susah jika nk dibandingkan dgn budak2 kampung.cuba bygkan satu fasi kena handle 20org pelajar2 dlm satu group.memang xterkawal la keadaanya.cuma yg terkilan di hati syah apabila mrk langsung tidak menghormati rakan2 mrk sendiri.perkataan seperti bodoh,gila,gedik dan seumpanya senang sahaja diungkapkan kat kwn2 mrk.

smlm ade sorg budak yg suka menyendiri,suka sorg2,main sorang2 dlm group andy.bila syah ask budak2 ni nape ngan dia,budak2 ni jawab budak tu gila,siap panggil budak yg pendiam tu 'malaun'..tergamam syah bila budak2 ni ungkap ayat2 camtu.akhir modul,syah n andy brainwash adik2 nie dgn menyatakan bhw mengata org tu xelok n xbaik.bahkan Allah akan membalas pe yg kita wak kat org lain tu.

Syah xsalahkan guru2,atau ibubapa krn mrk telah berusaha mendidik adik2 nie.yg mungkin menjadi faktor adik2 ni jadi begini mungkin krn mrk terdedah dgn persekitaran di sekeliling mrk.bg mrk,enjoy adalah 1st,kepuasan diri adalah 1st...ape yg syah harapak,pesanan kami semua fasi2 smlm dpt digunapakai dan adik2 mengingati pesanan kami itu.Wbagaimanapun,smlm memang happening gila.diaorng wpun nakal,tp sporting.lenguh mulut nk menjawab soalan2 budak ni :-)..hope next time dpt pi ag jd fasi adik2 nie :-D



berkenaan dgn aktiviti AMAN STUDIO pula,skag ni Aman studio sedang mencari mana2 group atau pun individu yg xpernah merakamkan mana2 album utk join Album kompilasi Nasyid Indie 2010.Secara ringkasnya,mrk yg terlibat hanya perlu menyerahkan lagu2 mrk yg telah siap dirakamkan dan juga gambar mrk utk cover album..utk urusan selebihnya spt mixing,mastering,design album,cetakan n lain2,aman studio akan menyiapkan.utk setiap mrk yg terlibat,mrk hanya perlu membayar kos dgn harga rm900 sahaja.cukup murah utk pembikinan album.berikut adalah butiran kos2 yg terlibat:

a)adunan dan mastering Rm 200
b)Reka bentuk kulit album Rm 100
c)Cetakan dan hologram Rm 500
d)Yuran Rm 100

pihak studio akan mencetak sebanyak 1000kpg cd.dan setiap mrk yg terlibat akan diberikan 100kpg cd secara percuma.mrk dicadangkan menjual balik cd tu dipasaran dgn harga rm20 sekeping.konklusinya,setiap kumpulan akan mendapat blk rm2000 utk jualan album mrk.

pihak studio akan mempromosikan album2 ni di medium2 tertentu spt nasyid fm,ikim.fm,blog2,forum2 penasyid spt inteam dan lain2.Pihak studio hanya memerlukan 9penyertaan sahaja.sape cepat dia dpt.memang rugi jika sape2 xjoin album ni krn kos ia cukup2 murah.mrk yg berminat,sila hubungi syahman 012-9292250 sblm 8 april 2010 ini..

Utk akhirnya,skg syah sedang menghadapi final exam di UIA.hope kwn2 semua mendoakan kejayaan syah utk final ini..

29/3 /2010
History & Civilization

1/4 /2010
Poilitcal science
Critical & creative thinking

4/4/2010
Sociology

6/4/2010
Science of Quran

8/4/2010
Science of Hadith

setakat ni dulu utk citer terbaru syah..syukran jazilan..Bittaufik wannajah :-D

Share

Monday, March 8, 2010

Nasyid Indie vol 1

Nasyid Indie in Utusan Malaysia

Assalamualaikum..

latest news utk kwn2 sekalian...Nasyid Indie vol 1 telah pun kuar paper utusan ari ni..Tanxz utk abg aziz,wartawan hiburan Utusan koz memberi peluang kat kami semua masuk media massa nie.

xsangka plak abg aziz masukkan biter ni..time jumpa dia pun,dia ade ckp nk preview album nie,syah ingatkan dia main2..rupa2nya dia btul2 masukkan citer nasyid indie dlm bahagian hiburan..tanxz a lot to him..n xlupa juga kat Zulfadli krn membawa syah utk di-interview last week..

utk mrk,tanxz a lot....

wsalam....
Share

Wednesday, March 3, 2010

Persembahan Nasyid

Show AGD & Convo Festival


Assalamualaikum w.b.t...
3/3/2010

wahh..sudah lama xupdate blog nie.rasa2nya dah 2-3minggu kot :-) sob2..pertama sekali syah panjatkan kesyukuran kerana masih ag diberi kesempatan utk bernafas dimuka bumi ini...THANK YOU ALLAH...

hari ini syah nk citer aktivti syah dlm minggu nie..minggu yg amat bz sehinggakan tido pun xcukup..huk3..minggu nie byk sgt citer nya bermula la dr show,aktiviti club,pelajaran dan karnival i kasih tue.sabtu lepas syah ade wak show kat AGD Stuff.lagu yg dipersembahkan ialah Kesaksian,Lament dan sebuah cinta(kump. SOFAR)..alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar n audiens dah menerima lagu sebuah cinta tu.mlm tu hanya la show santai bertemakan 1 Malaysia.jd mlm tu syah pakai ala2 india skit la..tp xla nmpak mcm pakaian india pun.huhu..nt u all tgk la pic,ade x sama ngan india.kih4


pada hari ahadnya plak syah terpksa ke Hotel Sri Pacific utk temubual bersama wartawan hiburan dari UTUSAN MALAYSIA.tanxz kat ayah ngah n fad koz bg man peluang utk sama2 dlm conference tu.kiranya 1st time gak ar menjawab ngan wartawan nie :-) gabra pun ade..yela takut salah cakp.ahaks..

Pada hari mlm isnin lak syah ke main auditorium UIA utk mendgr ceramah tentang keseimbangan hati dan akal..panelistnya mlm ialah timb pengarah IKIM (syah lupa nama dia),ust pahrol md juoi dan bro saiful reza(kaunselor uia).kehadiran mlm tu sperti biasa lebih kepada sister..bleh dikatakan separuh dr dewan tu penuh dgn kaum mereka.huhu..btw,input mlm tu dpt byk gak ar..antaranya hati kita adalah menteri,akal kita adalah bendahara dan nafsu kita adalah penjahat..antara hati dan akal,mana yg dtg dl?byk persoalan yg dikupas oleh panelis2 pada mlm tu disertakan dgn kes2 yg sering berlaku dlm kalangan masyarakat kita skg nie..papehal pun,tahniah kepada WAFA Club krn berjya menganjurkan forum..

haaa..ari selasa plak,syah wak show kat IIC,Gombak..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar..ari tu syah nyanyi lagu Lament,segalanya ada dan jodoh&takdir...cuma lagu jodoh&takdir je kurang memuaskan krn xpraktis..sblm naik pentas shahiran nk duet lagu tu.ape ag,belasah je la..hahaha..resultnya,sumbang mahram dimerata-rata tmpt dlm lagu tu..sowi ek abg halim :-p


abis je show kat iic syah ke danau kota utk meeting ngan mainboard karnival 1 kasih..dlm kul 4 camtu abis la..ape ag,smpai bilik,solat asar then terus hanyut dlm mimpi...pada sebelah mlm nya syah menghadiri meeting ngan PIC krew syah..agenda pd mlm tu membincangkan byk benda..so dlm kul 11 lebih abis la..balik bilik,smbung plak ngan assignment n take home test yg perlu diantar...fuhh..lewat tido..kroooohhh~

ari rabu pada sebelah mlmnya nnt syah terpaksa menghadiri induction course utk para fasi...hujung minggu ni kena jd fasi utk adik2 sekolah..huhu..xsabar nk jd budak2 nnt..kih2..
btw,doakan syah utk esok ari koz esok syah ade quiz History & Civilization dan juga presentation..hope semuanya berjalan dgn lancar...

syah sertakan serba sedikit aktviti syah utk minggu ni n minggu depan...

4/3/2010-Quiz History
5/3/2010-Group discussion
6/3/2010-Fasilitator di UIA(2 Hari)
6/3/2010-Family day Nasyid FM (kalu sempat pi ar)
8/3/2010-Meeting Karnival 1 kasih
11/3/2010-Quiz science of quran
20-21/3/2010-Karnival 1 kasih

sebelum syah undur diri..syah nk promote kat anda semua,sape2 yg ingin menyertai pertandingan2 sempena karnival 1 kasih nie,sila hubungi syah (012-9292250)..antara pertandingan yg dianjurkan ialah:-
1)street soccer (johan rm500)
2)pertandingan nasyid-10 peserta- (johan rm300)
3)pertandingan idola kasih -10peserta-(johan rm300)
4)pertandingan memasak -8 peserta- (johan rm100)
5)pertandingan gubah buah -8peserta- (johan rm100)
6)pertandingan mewarna -100peserta- (johan rm100 setiap kategori)

jadi,kepada sape2 yg berminat,hubungi syah secepat mungkin..1st come 1st serve ok??

wsalam semua....jumpa ag
Share