♥ SeGalanyA AdA ♥

WelcOme To My Blog SEGALANYA ADA ThanKs For VisitiIng My BloG Dont Forget to give YoUr Comment by Syah Segalanya Ada

Koleksi Video Show syahman

Wednesday, July 30, 2008

Bicara kalbu

AKU SEORANG THALIB

Januari
Ya, aku seorang thalib(pelajar).Tahun ini,aku bakal menduduki PMR. Aku ingin berjaya!!!Ya, aku mesti berjaya untuk membanggakan ibu bapa ku dan juga bangsa ku….Cewah!!!Aku nak lulus cemerlang, nak berjaya macam orang lain..Dan, yang penting, berjaya menjadi orang…
Tapi, baru bulan Januari..Banyak lagi masa untuk aku ulangkaji pelajaran..9A, petik jari jer, sure aku akan dapat punyerrr..

Mac
Ishhhhh, aku tak start lagi ulangkaji pelajaran..Lagipun, tadi ada latihan sukan, letih laaaa…..
Tak pe,malam nie aku nak tidur..Esok lusa, aku akan study..Eh, tapi esok, aku nak pie lepak kat Kota Bharu..Hmmm..Tak pelah, aku akan study bila balik nanti…Tuh pun kalau tak letih!!HeHeHe…

Mei
Hati masih lagi berat nak study..Buku-buku aku pun dah lama standby,tapi tak po..Relek laa dulu..Member-member pun, aku tengok, 2 x 5 … 5 x 2 … Macam aku jugak!!! Tak pe, hero Melayu tok gaduh..

Julai
Baru nak start..Tapi, dok ingat kat member lagi, jumpa member, dok koya dan berhibur di kota yang penuh dengan dugaan nie…Cayalah, enjoy terus!!!

Sebulan sebelum exam
Tak pe, baca last minit lah yang elok..Semua formula aku akan ingat...Termasuklah FORMULA 1 di litar Sepang…HeHeHe…

Seminggu sebelum peperiksaan
Eh, alamak.. Tak boleh jadi nih..Ishh, tensionnya..Banyak lagi buku yang kena study..Tak per, malam nie jugak aku akan habiskan..Hmm,member pulak ajak chating…Tak pelah, seminit dua je..
Nak baca buku pun dah loya…Latihan pun belum habis buat!!!!Arghhhhhh!!!Malasnya…Nak tidurlah pulak…ZzZzZz…

Malam peperiksaan
Alamak!!!Mana buku aku??Eh, biar betul….Esok ker PMR?!?!?Kat mana jadual aku?!? Eh, mana nie?? TIDAK!!!!Mak!! Bapak!!!Buku!!……

P.S Adakah anda termasuk dalam golongan seperti di atas? Rancanglah sekarang untuk masa
depan adik-adik. Sekiranya adik-adik tidak merancang, bermakna adik-adik merancang untuk gagal…
Share

No comments: